Info Laman Web Rangkaian Sosial Popular (petikan Utusan Malaysia 14/1/2010)
FRIENDSTER
-merupakan laman web rangkaian sosial pertama yang menarik perhatian pengguna Internet di Malaysia
-Mempunyai lebih kurang 155 juta pengunjung.
-Dijadikan sebagai medium perkongsian idea ,hobi,mesej,foto dan video
-Beribu pejabat di Sydney ,Australia , laman ini banyak diakses oleh pengunjung daripada negara-negara seperti Malaysia,Indonesia,Jepun,Filipina,Korea Selatan, dan banyak lagi.
-Laman ini menerima lebih daripada 61 juta pengunjung unik setiap bulan dari seluruh negara.
-Merupakan antara 100 laman web global yang mempunyai pergerakan trafik tertinggi.
MYSPACE
-Beribu pejabat di Baverly Hill,California, Amerika Syarikat.
-Laman web ini memberi peluang kepada pengguna menghias paparan antara muka profil masing-masing mengikut cita rasa sendiri.
-Keunikan tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna untuk menyertai myspace
FACEBOOK
-Mula diasaskan pada tahun 2004
-Memcetuskan fenomena luar biasa bukan sahaja dari kalangan pengguna remaja tetapi juga kanak-kanak sekolah dan orang dewasa
-Berbeza daripada laman web rangkaian sosial lain, Facebook menampilkan keunikan menerusi
kepelbagaian aplikasi interaktif
-Laman ini dibangunkan oleh Mark Zuckerberg ,bekas pelajar Sekolah Tinggi Ardsley
-Ia kemudiannya berkembang ke sekolah-sekolah dan universiti-universiti
di sekitar Boston ,Amerika Syarikat.
TWITTER
-Mula beroperasi pada tahun 2006 dengan mengetengahkan antara muka berasaskan web.
-Laman web rangkaian sosial yang mengaplikasikan konsep pengikut kepada pengguna sedia ada.
-Mesej yang dihantar atau dibaca dikenali sebagai tweet
-Diasaskan oleh Jack Dorsey
-Selain akses laman ini , pengguna turut dibenarkan menghantar pesanan tweet melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta beberapa laman web dan aplikasi luar.
-Sejak diperkenalkan , ia semakin mendapat sambutan menggalakan dari kalangan pengguna Internet
-Setiap kemaskini data akan diberitahu kepada pengguna supaya mereka sentiasa memperolehi maklumat terkini.
No comments:
Post a Comment