Friday, January 1, 2010

Perbezaan Assobiyyah dan kebangsaan dari kefahaman penulis

(1.)Pada masa kini ramai ahli-ahli politik dan tokoh politik pembangkang dari kalangan melayu dan bukan melayu menyamakan sifat ketuanan melayu serta sifat kebangsaan melayu itu dengan rasis(perkauman) dan cauvanis.Saya tidak merasakan nasionalisme melayu sama seperti orang bangsa yahudi,aryan(nazi german),bangsa eropah pasca perang dingin,warga kulit putih USA ,kaum cina yang taksub keturunan dan kaum india yang taksub kasta.

(2.)Jika hendak dibandingkan dengan golongan rasis dan cauvanis dari kalangan kaum cina serta india di negara ini ia dilakukan secara senyap dan terang-terangan.Mahupun yahudi di Palestin ia tidak dapat disamakan dengan semagat nasionalis islam melayu, ia bagai langit dengan bumi.
Bangsa melayu yang ada di Malaysia ini hanya memperjuangkan hak serta nasib bangsa mereka yang telah lama dicuri dan dirampas oleh kaum pendatang kerana Melayu itu kaum pribumi di nusantara.Perkara ini samalah dengan apa yang berlaku di Palestin cumanya meraka bernasib malang kerana tidak dibantu saudara sebangsa dan seagama walaupun lokasi Palestin itu sendiri terletak ditengah-tengah dunia Islam dan di tanah para Ambia.

(3.)Istilah nasionalisme itu dari kata bahasa inggeris yang bererti kebangsaan.Manakala istilah kebangsaan itu dicetuskan oleh Pendeta Za'ba untuk kegunaan Parti UMNO.Dari segi maksud yang lebih mendalam bererti sifat sayangkan bangsa atau kaumnya dan ingin membantu bangsanya menjadi bangsa bertamadun dari segi rohani dan jasmani,fizikal serta mental.Kebangsaan jauh berbeza dengan perkauman yang mempunyai sifat dendam,iri hati, dan kebencian mendalam keatas kaum lain yang difikir menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup mereka dan keturunan mereka.

(4.)Istilah Assobiyyah pula diperolehi dari istilah bahasa arab yang bererti taksub kepada puak kabilahnya.Ini kerana pada zaman jahilliyyah orang arab yang mundur lagi bodoh hanya tahu berperang dan melakukan maksiat.Hanya kerana perkara kecil dan remeh temeh mereka berperang sehingga bertahun-tahun.Penulis pernah terbaca satu hadis nabi muhammad mengenai assobiyyah iaitu "Janganlah kamu membantu saudara-saudara kamu dari kaum kamu membunuh dan menindas kaum lain".(wallahualam).Kemudian penulis juga ada terbaca satu lagi hadis yang berkaitan dengan kebangsaan.Seorang sahabat nabi pernah bertanya pada Nabi Muhammad jika seseorang itu sayangkan bangsanya adakah itu juga assobiyyah.Kemudian nabi bersabda"sesungguhnya seorang yang sayangkan kaumnya selagi dia tidak menzalimi kaum yang lain adalah digalakkan"(wallahualam).

(5.)Assobiyyah terdiri dari 4 jenis. Pertama assobiyyah suku kaum,etnik dan puak.Assobiyyah pertama ini adalah yang paling asas dan tertua dikalangan yang lain.Perkara ini telah diamalkan sejak manusia itu berkembang dan kenal erti berperang.Hal ini samalah dengan apa yang berlaku ketika zaman jahilliyyah.Mereka berperang kerana perbezaan keturunan jurai sebelah bapa ini walaupun dari segi mata kasar tidak apa yang berbeza dari segi fizikal mereka.
Perkara ini sering berlaku di afrika dan indonesia.

(6.)Keduanya ialah assobiyyah benua, perkara ini berlaku kerana tinggal di benua yang berbeza kadangkala merujuk kepada perbezaan negara.Hal ini banyak berlaku di Amerika dan eropah.
Ketiga, assobiyyah berlandaskan fahaman,mazhab dan minat yang sama.Perkara ini boleh dilihat di Iraq dan Pakistan kerana perbezaan mazhab dan taksub mazhab mereka yang senegara dan sebangsa ini sanggup berbunuh-bunuhan.Untuk taksub fahaman pula kita boleh melihat situasi politik di Malaysia dimana berlaku pecahan golongan melayu umno,melayu pas dan melayu keadilan.Kerana taksub hendak berkuasa masing-masing keras hati dan saling mencaci serta menfitnah sehingga lupa perjuangan melayu dan islamnya seolah-olah mereka ini tidak mempunyai akal hendak berfikir menyelesaikan perbezaan dengan cara baik.Untuk assobiyyah kerana minat yang sama kita boleh lihat kepada golongan barat yang taksub dengan punk,skinhead,mod,hell angels,hiphop dan black metal mereka.Mereka ini semuanya orang yang tidak beragama serta free thinker.

(7.)Assobiyyah terakhir ialah assobiyyah kerana perbezaan warna kulit,anak mata,warna rambut,bentuk tubuh dan perbezaan bahasa serta budaya.Perkara inilah yang berlaku di negara maju dan membangun yang mempunyai rakyat pelbagai kaum seperti Malaysia.Penulis tidak mengatakan kerajaan Malaysia melakukan penindasan dan menzalimi kaum pendatang tetapi kerajaan sedaya upaya untuk berlaku adil dan menyatupadukan rakyat.Cumanya rakyat dari kalangan pendatang inilah yang menjadi "kaduk naik junjung" dan "dah diberi betis nak peha"
kerana sikap tamak haloba serta sifat dengki mereka kepada kaum pribumu dan orang islam.

(8)Akhir kata ingatlah ayat Allah ini "tidak diciptakan manusia itu berlainan kaum,warna kulit,dan berbeza jantina melainkan saling mengenal antara satu sama lain".
Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat dari akhbar utusan malaysia pada 15 - 16 disember 2009.

No comments:

Post a Comment