Pada hari ini penulis telah menonton discovery channel memaparkan tajuk nazi ufo.Dalam rancangan ini pihak discovery telah membongkar rahsia yang ada di satu kawasan atau daerah yang dikenali sebagai AREA 51.Ramai penduduk di daerah ini mengatakan tempat mereka diami adalah kawasan mendarat UFO dan mahluk asing namun disangkal oleh para saintis dan pengkaji sejarah.Golongan saintis menyatakan hujah mereka bahawa penduduk AREA 51 khususnya dan Amerika Syarikat amnya telah ditipu oleh mereka yang taksub dengan teori konspirasi pendaratan UFO dan mahluk asing.Sebenarnya kata para pengkaji ini AREA 51 adalah tapak ujian rahsia Tentera Udara Amerika(US Air Force) dengan menjalankan program yang dikenali sebagai Program Black merujuk kepada kajian pesawat canggih jenis Stealth dan terapung berbentuk loceng dan piring yang dipanggil UFO.Kalau dilihat dari angkasa lepas menggunakan satelit kata saintis lagi kita akan menemui tapak pelancaran dan landasan pesawat yang panjang.Kajian mengenai pesawat canggih yang boleh terbang tinggi dan kadangkala boleh menjadi halimunan ini telah dijalankan kajiannya semenjak 1970 an hasil kajian bekas saintis dan jurutera aeroangkasa Nazi dari cabang SS(Pasukan tentera elit dan rahsia Nazi yang terdiri dari jurutera,saintis,doktor untuk penyilidikan dan tentera yang dilatih khas dari kecil untuk berperang)yang dibawa lari oleh askar US untuk membantu kemajuan bidang sains dan teknologi US. Semua program besar US seperti NASA dan senjata nuklear US.
Kerajaan US dan CIA telah berjaya mengaburi mata penduduk USA dengan mengatakan kawasan ini tempat pendaratan mahluk asing dan UFO.Diharapkan penduduk Malaysia tidak tertipu dengan helah UFO ini kerana ini semuanya mengarut kerana UFO sebenarnya pesawat Stealth dan pesawat tanpa pemandu oleh US Air Force.Jika tidak mempercayai maklumat ini silalah menonton Discovery Channel bertajuk Nazi UFO.
No comments:
Post a Comment