Sunday, January 3, 2010

JALAN-JALAN UJANG

Pada Khamis 31 Disember 2009 penulis telah keluar berjalan-jalan berseorangan kerana kebosanan dan ingin merasai pengalaman kembara berseorangan dengan kembara ke pekan kecil yang bernama Gemas yang terletak tidak jauh dari kediaman penulis di Repah,Tampin yang jarak perjalanannya kira-kira 40 minit menaiki kereta.Sebenarnya banyak tempat menarik di Gemas yang boleh dilawati tetapi memandangkan penulis hanya ingin singgah sekejap sahaja di pekan ini.Pada asalnya penulis ingin bertemu sahabat-sahabat dari zaman persekolahan tetapi mengubah perancangan dengan mengunjungi tempat yang selalu di kunjungi penulis semasa menunggu keputusan SPM dahulu.Destinasinya tidaklah banyak cuma 3 lokasi sahaja.Pertama lokasi yang dikunjungi penulis ialah pusat karaoke di bangunan Lin Chin Moh yang terletak di tengah-tengah pekan paling selatan di Negeri Sembilan Darul Khusus ini.Pada mulanya penulis hanya sekadar ingin menyanyikan 5 buah lagu sahaja kemudian apabila sudah syok sendiri ditambah lagi 5 buah lagu. Satu lagu berharga RM1, maknanya penulis telah tergadai sebanyak RM10 yang sebenarnya cukup untuk tambang pergi balik Tampin-Gemas.Antara lagu yang dinyayikan penulis ialah The Beatles(I Want Hold Your Hand),Aerosmith(Dont want mess a thing , ost Armegeddon),M2M(The Day You Went Away),Salem(Bukannya Aku Tak Cinta) dan lain-lain lagu kegemaran penulis yang penulis sendiri lupa tajuknya.Sebelum itu ingin penulis ceritakan pengalaman penulis menaiki bas klasik yang usang Southern.Bas ini berulang-alik dari stesen bas Gemas dan stesen bas Tampin.Harga tambangnya pula dari stesen bas Tampin yang terletak di Pulau Sebang,Melaka yang bersempadan dengan Tampin,Negeri Sembilan ini ke Gemas berharga RM4.60(tak silap penulis).Menariknya stesen bas Tampin ini kerana ia dikongsi oleh dua buah daerah bersempadan.Semasa menaiki bas ini penulis agak kurang selesa kerana bas ini tidak mempunyai penghawa dingin selain ia dipandu laju oleh pemandu bas.Seolah-olah menaiki roller-coster dan apabila ia membrek penulis akan melantun ke kerusi hadapan memandangkan penulis duduk kerusi paling belakang maka inertia bas apabila di brek secara mengejut dari kelajuan yang laju akan menyebabkan penulis melantun dengan senang dari tempat duduk.Ketika dalam perjalanan ini penulis banyak melihat perubahan yang tidak terlalu ketara di kiri dan kanan penulis.Selepas 45 minit perjalanan penulis sampai ke destinasi iaitu stesen bas Gemas yang sudah berubah wajah dan semakin cantik berbanding 5 tahun dahulu.Apa yang menariknya di sekeliling stesen bas ini? Jawapannya nasi ayam yang paling terkenal di Gemas iaitu Nasi Ayam Mustafa ( satu lagi Nasi Ayam Warisan Gemas yang terletak di tepi jalan di kawasan taman desa permai Gemas) yang sudah terkenal hingga ke negeri Johor.Selain itu pusat bowling gemas terletak di belakang deretan kedai makan ini.Di kawasan berhampiran terletak tapak pasar tani Hari Sabtu di Gemas.Berbalik pada kembara penulis selepas berkaraoke penulis bercadang ingin melepaskan dahaga dan menghilangkan lapar penulis berkunjung ke KFC Gemas yang baru dibuka pada awal bulan 12 lepas.Sebelum membeli makanan , penulis telah pergi membeli tiket keretapi perjalanan ke tampin yang destinasi akhirnya di KL Central,Kuala Lumpur.Sebenarnya penulis sudah galak menaiki keretapi diesel ini tetapi sahaja ingin merasai pengalaman menaiki keretapi seorang diri dan belajar membeli tiket.Pada mulanya penulis ingin menaiki gerabak kelas ekonomi kerana harganya lebih murah tetapi tiket sudah habis dibeli.Jadi penulis terpaksa menaiki gerabak kelas superior berharga RM12. Selesai membeli tiket penulis menunaikan hajat membeli 1 set makanan KFC dan makan di tingkat atas di bahagian paling penjuru menghadap selekoh di deretan kedai di tengah pekan ini.Penulis mengambil masa hampir setengah jam menikmati makanan sambil melihat panorama pekan Gemas pada pukul 5.10 ptg hingga 5.40 ptg.Kemudian penulis berehat di stesen keretapi sambil melihat pembagunan yang berlaku di stesen.Ini kerana pembinaan stesen baru ini untuk komuter yang akan berhenti di Gemas dari perjalanan arah KL-Seremban yang akan menjalur ke selatan(Tampin-Gemas).Landasan berkembar dan stesen baru gemas ini dijangka siap antara tahun 2013-2015 jika cukup bajet.Sememangnya kemajuan pengangkutan awam ini yang dinanti penduduk di Negeri Sembilan daerah selatan seperti penulis sekeluarga dan penduduk lain.Stesen keretapi Gemas sememangnya amat popular di semenanjung Tanah Melayu kerana ia menghubungkan landasan pantai barat dan pantai timur serta landasan ke Tanjung Pagar,Singapura.Stesen ini dibina sebelum Perang Dunia Ke-2 .Stesen ini suatu ketika dahulu pernah hendak dijadikan "pelabuhan darat" dan mempunyai komplek simpanan gerabak dan pekakas keretapi selain kuaters keretapi yang terbesar di Negeri Sembilan kemungkinan di Semenanjung.Jika dilihat banyak pekakas termasuk kepala keretapi lama dan gerabak penghujung yang di letakan di stesen ini ada sesetengahnya telah di pindahkan ke Muzium Negara di bahagian pintu masuk dan berhampiran pusat serenti Tampin(rasanya).Ketika berada di stesen ini penulis sering terkenangkan waktu penulis kecil-kecil dahulu dimana penulis selalu dibawa bersiar-siar oleh ayahanda kesayangan penulis(ABAH) pada waktu petang.Seingat penulis ketika berumur 5-7 tahun.Paling menarik bagi penulis sudah tentunya kepala keretapi dan gerabak penghujung yang sering penulis lihat dan naik sewaktu kecil sambil ditemani oleh Abah.Walaupun Kepala Keretapi sedia ada bukanlah yang penulis kunjungi sewaktu kecil tetapi boleh mengembalikan memori zaman kanak-kanak penulis.Satu lagi ialah jambatan besi berlantaikan kayu bekas landasan keretapi(kemungkinan kayu cenggal atau kayu jati melihat pada ketebalan dan kekukuhannya).Jambatan besi sebenarnya sudah usang terutama lantai kayu landasannya yang sudah mula mereput dan melembut tetapi masih berkhidmat sebagai penghubung ke stesen sebelah.Jambatan ini jugalah yang menjadi saksi dan tempat penulis melihat serta merakam kejadian banjir besar yang melanda Gemas semasa penghujung 2006 dan awal 2007.Sewaktu itu air banjir menenggelami seluruh pekan Gemas termasuk kawasan Taman Sungai Gemas.Air banjir juga yang melimpah dari Sungai Gemas menyebabkan jalan keretapi Gemas ke Segamat terputus.Maka terpaksalah para penumpang menunggu sehingga air surut.Sesudah mengenang memori , jam tangan pun sudah menunjukan pukul 6.10 ptg dan keretapi dari Tanjung Pagar, Singapura sudah menampakan kepala keretapinya.Sambil itu, penulis sempat berborak dengan seorang lelaki india dari KL yang hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.Dia bertanya pada penulis industri apa yang ada di gemas seolah-olah dia ingin membuka kilang disini lalu penulis menjawab kilang papan dan menambah kata bahawa kem tentera darat yang terbesar di Malaysia ini yang menghidupkan pekan ini.Kemudian dia bertanya apa bezanya kelas gerabak superior dan ekonomi penulis kata tempat duduk lebih selesa .Dia tanya penulis hendak pergi mana , penulis jawab mahu ke Tampin dan dia membalas dia hendak ke KL.Lalu dia bertanya dimana gerabaknya penulis menjawab di belakang sekali iaitu koch 4(penulis koch 1 , 1D).Selesai beramah mesra penulis menaiki keretapi dan mencari tempat duduk.Ketika keretapi bergerak penulis mencuci mata melihat pemandangan di luar gerabak dan gelagat penumpang didalam gerabak.Keretapi ini akan menyusuri ladang getah,kelapa sawit dan hutan selain kampung melayu.Keretapi ini akan singgah sebentar di stesen terpencil dan sunyi di Batang Melaka.Kemudian keretapi bergerak sehingga sampai ke Stesen Tampin tepat jam 7.05 mlm.Ketika masih menyusuri perjalanan melalui landasan ini penulis dapat melihat pembangunan pesat landasan berkembar, bukit diratakan dan anak sungai dibuat jambatan.Penulis sempat beramah mesra dengan seorang warga emas yang katanya dia dari singapura dan ingin pulang ke rumah keduanya di Tampin.Dia menceritakan kisah dirinya yang pernah bekerja dengan shell dan menetap di singapura serta terpaksa mencop passportnya.Kemudian penulis duduk semula ditempat duduk(sebelum itu duduk di pintu gerabak berborak dengan pak cik itu).Kakak kesanyangan penulis ada menghubungi penulis sambil bertanya penulis adakah penulis sedang menaiki keretapi dan kami terus berbual.Selepas sampai ke stesen penulis pergi membeli air 100+ menghilangkan haus tekak dan Abah menghubungi penulis mengatakan abang penulis bernama Ayip akan menjemput penulis.10 minit penulis menunggu beliau yang membawa kereta Gen2nya menjemput penulis.Demikianlah kisah kembara pendek penulis ketika berkunjung ke bekas "hometown" penulis ketika membesar dan diharapkan para pembaca blog penulis terhibur dengan penulisan ini.

No comments:

Post a Comment